Ulangtahun kelahiran Nur Aisyah Dhabitah & Nur Aisyah Faiqah

30.11.2012 Walaupun kurang sihat ummi cuba buat yg terbaik untuk anak2 ummi....Doa selamat + tahlil dan meraikan ulangtahun kelahiran Kak Long & Kak Ngah. Walaupun berbeza bulan ummi combine sekali lah yea.
Gembira hati ummi dapat buat sesuatu untuk kegembiraan anak2 ummi
Alhamdulillah.....dah lama tak berkumpul ramai2 macam ni....seronok...
Semoga kebahagian kami sekeluarga akan berkekalan dan kasih sayang yang terjalin kekal hingga ke Syurga ......

Coretan Kasih

Semoga segala ujian yang hadir dalam hidupku sentiasa mendekatkan aku pada Mu.....Tidak akan menyalahkan sesiapa tapi ianya adalah atas kelalaian dan kekhilafan diriku sendiri. Biarlah hidup tanpa istana asalkan kasih sayang antara kami berkekalan ke syurga. Biarlah apa sahaja kenyataan yang keluar dari mulut2 mereka yg bermasalah itu, hambamu ini akan cekal hadapinya..... Tidak akan tersimpan dendam / kebencian pada mereka2 itu. Cuma sebaik2 nya menjauhkan diri / menghindarkan diri adalah lebih baik jika mendatangkan mudarat / masalah kemudian hari.

sudah 27 minggu ....

Alhamdulillah.....anak ummi dalam kandungan sudah berusia 27 mggu .....
Ini sedikit maklumat kehamilan 27 mggu : Kakinya 4sm panjang Menjelang waktu ini, bayi anda nampak seperti dirinya sewaktu lahir nanti dalam versi yang lebih kurus, kecil dan merah.Jika kelahiran itu berlaku pada minggu ini, kemungkinan untuk bayi anda bertahan hidup akan tinggi. Walaupun sistemnya tidak sepenuhnya matang, bayi anda sudah mempunyai apa yang diperlukan untuk bertahan hidup bagi kehidupan di luar sekarang Sekarang bayi anda membuka matanya. Matanya dapat membezakan antara terang dan gelap, ianya terbuka dan tertutup serta melihat ke arah kedua-dua sisi - bayi anda melatih otot-otot matanya p>Ukuran saiz kakinya adalah 4 sm, paha 5 sm dan diameter kepala sekarang 7 sm. Patut lah anak ummi melasak aje yea....waktu tgh aktif rupanya....kakak2 pun suka kacau baby kan? Tapi anak ummi nie lebih suka kalau walid usik yea....walid tegur sikit dah melasak...x berhenti bergerak.....seronok yea..... Dan ummi semakin x boleh tidur sekarang....mata mengantuk tapi anak ummi nie melasak aje.....