sYahDu RiNdu kU

Hati berbicara tentang dia...
Hati tertanya adakah dia..
Hati bermadah puisi dia..
Hati terukir cintakan dia...

Nur Aisyah Maisarah ............



Anak ummi dengan kawan2 baik....last day prasekolah.....

CoReTaN 9 DiSeMbEr

Alhamdulillah....Semoga kesihatan hari ini lebih baik dari semalam...Jika dengan kesakitan dapat mendekatkan aku pada MU...aku terima dengan redha dan tanpa keluhan...

Encik Suami pun kurang sihat..masih pening2 kepala katanya...loya2....hehheee...adakah ini tanda2 kami akan menerima orang baru dalam keluarga....Insyaallah...ada rezeki nanti...mencukupkan kuota ahli keluarga....

Anak2 walaupun kata x suka ada adik lagi..konon2 tak nak jaga adiklah...tp diam2..tanya pula.."ummi, nanti dapat adik yea"....cam suka aje...senyum memanjang..... :-)

Nak tahu ada atau tidak?....ermmmmm.....tggu lah next week...nak biar dulu....surprise....

Doa Isteri Kunci Kejayaan Suami


DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman. Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.” Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.

“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya. Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.” Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.” Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.

Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.” Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah. “Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga,” katanya.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri. Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.” Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.” Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.” Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.

kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.” Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.” Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga,”

pagi indah


Pelukan dan kucupan darimu di pagi hari menenangkan jiwa lara ku....kesakitan hilang bila kau tersenyum dipagi hari....beberapa hari nie asyik sakit kepala...pening aje...x tau lah kenapa...penat atau pun ntah penyakit ape plak....


PREGNANT ...mungkin kot.....tapi x kompom lagi....tggu bulan nie lah plak nye.....teringin nak makan acar buah + nasi ayam (masak sendiri)....haiiii...macam hal lah plak yea....

cantik nya

bucuk & comel

si comel kami sekeluarga...penghibur ......dan juga lara bila buat hal dalam rumah....

coretan 6 Disember 2011

Selamat Berpuasa....Hari nie hari Asyura 10 Muharram 1433H .....Alhamdulillah....sudah 10 hari aku hidup dalam tahun baru ini...Semoga aku sentiasa diberikan kesihatan yang baik utk terus bersama keluarga tercinta....tetapi andai DIA menyayangiku....tinggallah semua mereka2 yg aku sayangi...

Harapan dan impian ku..semoga tahun baru Hijrah ini memberi 1000 rahmat kebaikan dan keberkatan dalam perjalanan hidupku...Aku ingin menjadi lebih baik dari semlm....Alhamdulillah...dapat juga aku berpuasa dalam tahun baru ini....Akan ku lawan segala godaan dan nafsu dunia..... 

Aku merindui insan2 yg amat aku sayangi...mereka2 yg telah pergi meninggalkan  aku....Ya ALLAH tempat mereka didalam syurga Firdaus Mu.....